BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

i'm yours...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

berapa lama lagi nk celebrate nih...:P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 12, 2010

Frust

Piala yang dimaksudkan yang menjadi idaman pelbagai negara yang bertanding kali ni

Frust saaaaangattttt....tu yang bole aku kata kan masa tgk perlawanan badminton antara malaysia dengan jepun. Aku n housemate beria2 nengok tu..siap jerit n sokong baik punya..dh x de rezeki Malaysia kan. nak wat cam ne. Tapi x puas ati gak tgk cara beregu kedua tu main. banyak sangat kesilapan mudah yang diorg lakukan...paling x best, cari pasal dengan penonton plak dah. Rilek la bro, adat la kalau kalah dalam pertandingan kan. So kene lah sabar skit. Bila kena macam tu sepatut nya korang kuatkan lagi semangat nak main dlm next game. take it positive.. lepas ni tunjukkan kat semua penonton yang boo korang tu smlm korang leh buat yang lebih baik n menang game, bukan nye carik gaduh bai....


Penonton a.k.a penyokong malaysia ni pon satu. Kebanyakkan game yang Malaysian main, kalah je mesti kene boo dengan penonton sendiri. Malu weh dengan penyokong dari negara lain sebab depa x macam tu. Sepatutnya bagi semangat kat pemain malaysia tu..Ini tidak, depa pi boo plak...aiseh...jangan macam tu kawan... Kite rakyat Malaysiakan dilabelkan sebagai rakyat yang penuh adab & bersopan santun. So kene la tunjukkan budi bahasa kita yang cun tu... Harap lepas ni x jadik la macam gini masa Malaysia lawan dengan Denmark nanti.

Bagi pasukan Piala Uber plak, x leh nk komen sbb aku x dapat tengok. Tapi memang kalah teruk la. 5-0 tu bai.... X der menang langsung tuuu...Pasukan China memang kuat. X terlawan dek pemain Malaysia. Cam ne diorg leh naik sampai cam tu skali kan? Aku masih tertanya2 sebab suatu ketika dahulu negara Malaysia ni pernah  menjadi jaguh dalam sukan badminton ni...


Tapi dari pemerhatian aku, dengan corak permainan pemain malam tadi harapan Malaysia agak tipis untuk merangkul Piala Thomas kali ni. Sekarang ni terpulang kepada pemain malaysia untuk memberikan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta ini. Macam mana pon, aku tetap akan menyokong usaha mereka x kira depa menang ke kalah. Sebab dah tentu yang main dalam pertandingan ni pasukan yang kuat-kuat belaka kan. Soooo..marilah kita menyokong pasukan kita sendiri okeh.. Malaysia Bolehhh!!!

0 comments: