BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

i'm yours...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

berapa lama lagi nk celebrate nih...:P

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 10, 2010

Mogok + Membebel

Ni ari aku mogok dengan incik tunang.....arghhhhhhhh....tension btul aku dengan dia. sebab ape aku mogok, x yah le tahu ek..peribadi le kekdahnye...heheheh....Dah 3 ari agaknye aku makan hati. Sib baik ada teman2 yang sudi menghiburkan diri. Tp life must go on kan? biarlah dia.Bila jadi macam ni kadang2 buat aku berfikir tentang diri aku ni. Betul jalan yang aku pilih ni? Adakah dia pilihan yang terbaik untuk aku? Boleh ke dia jaga aku sedangkan masalah kecik pon dah tarik2 muka.... n macam2 la aku fikir.Aisehhhh...ni yg buat aku gerun. Tp biasa lah, bila hati tengah marah, byk la syaitan yang menghasut aku ni smpai terfikir yang bukan2..kene la cepat2 cool down n kembali ke pangkal jalan...cewah...hehehe...  Tapi aku berserah n tawakal je sbb apa yang jalan yang aku pilih n siapa yang aku pilih adalah yang terbaik utk aku setakat ini. Aku penah dengar orang cakap " Setiap yang Tuhan aturkan utk hidup kita tu sememangnya ada hikmah disebaliknya. Cuma terpulang kepada manusia tu untuk bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan oleh-Nya".  Allah jugak pernah berfirman di dalam Surah Ar-Rum : 21, yang bermaksud;


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Aku jugak pernah terbaca satu ayat ni kat dalam artikel dalam satu laman web (Rahsiaperkahwinan.com)

 
"Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia....Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat....."

So, bila kite telah membuat pilihan, maka terima la orang yang kita sayangi itu seadanya.. Tidak semua orang itu sempurna secara zahir & batin. Tapi kita perlu berfikiran positif dan sentiasa mengharapkan yang terbaik utk kita dan pasangan... (eh...buka khutbah le plak..hehehe)

Sebagai selingan, ada la skit gamba aku masa kat langkawi last week... layannnnn












0 comments: